21/10/08
9.42am
Ketika meniti hari demi hari sebagai bakal seorang ibu aku melalui setiap detik dan saat yang sangat bahagia.Seluruh ahli keluarga meraikannya kerana rumah mak aku memang dah lama tidak beralun dengan irama tangisan bayi,almaklumlah anak-anak kakak semuanya dah besar.
Anak kak Idah yang paling gembira 10 cucu mak aku itulah seorang permpuan “mak cu dila nk baby girl ek,?nanti boleh main masak-masak dgn dia” tergiang-giang lagi kata-kata anak saudara aku.
Suami aku lagilah seronok belum apa-apa dia dah buat persediaan.Beli kain hantar kat tailor buat baju mengandung aku.katanya baju aku kena special tak nak sama dengan orang lain jadi kena tempah.Kak ngah aku sanggup ‘panjat’ SACC mall cari baju mengandung aku…”hai..dia orang ni yang mengandung ke aku.Sedangkan aku baru mengandung 7 minggu”tapi aku hanya berkata dalam hati ajelah.Tak sampai hati nak menengur melihat semuanya gembira dengan berita ini.Ya allah hanya kau yang mengetahui hati ini yang terlalu gembira dan bersyukur atas kurniaan mu…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan